Tuesday, November 10, 2009

tips utk calon spm 2009 -3 shj lagi


SMAPLABU-kenangan yg manis setelah pahit dilalui


salam alaik,
seperti yg dijanjikan kpd adik2 smaplabu dan juga calon2 spm 2009 yg belajar di mana2 pun,moga mendapat sedikit sebanyak manfaat dari perkongsian saya pada 'post' utk kalian ni.

sambungan tips:

4. Sekiranya terlalu suntuk dan banyak perkara yg belum anda selesaikan,lakukan 'PLAN B'. Iaitu belajar secara mengkaji fail2 anda. Anda tentu sudah ada fail bio,chem,phy,etc yg sgt2 tebal kan? yang dikumpul semenjak dari f4 lagi(saya buat begitu). Oleh itu,sekarang gunakannya.Jangan pandang remeh! Ia antara cara yg sgt cepat utk 'overview' semua bab tingkatan 4 dan 5 dan merasakan kita sudah bersedia.
lakukan dalam jangka masa seminggu sebelum spm.

Ini kerana satu fail sgt susah utk dihabiskan dlm 2-3 jam jika anda betul2 kaji kesalahan anda. 24 jam anda guna lah sebaik2 nya. (11 subjek - bm - bi - mathmode = 8 subjek). Pilih 7 subjek terpenting bagi cita2 anda dan kelemahan anda,jangan syok belajar yg sudah anda kuasai! bm,bi,mathmode hanye perlukan masa yg singkat dan bukan pemahaman rumit yang memakan masa,oleh itu lakukan itu sedikit2 setiap hari sebelum tidur walaupun satu jam.

apa yg perlu diperhatikan dlm fail?
1.kesalahan anda-cuai atau tidak faham
2.bandingkan dgn jawapan rakan yg dpt markah tinggi
3.perhatikan gaye soalan,anda boleh lihat soalan popular,soalan mguji,soalan markah percuma.
4.lakukan seorang2 agar masa dapat dijimatkan. Jika tidak faham kumpul semuanya dan tanye guru esok pagi sblm buka fail subjek lain.

"DEKATI GURU SBAIK MUNGKIN MINGGU TERAKHIR ANDA SBLM BERJUANG BSEORANGAN DI DEWAN PEPERIKSAAN"


kita berjaya,mereka gembira.kita gagal,mereka sedih. Gembirakanlah guru2 kita,kerana kita pun bakal gembira juga.

5.pastikan 2-3hari sblm periksa,anda tidak resah dan tidak leka. Jika terasa letih dan tepu,rehatkan minda, tapi bukan bermaksud bykkan gelak ketawa. Luangkan masa utk riadah(bola,tenis,joging,pingpong,etc) mungkin riadah terakhir anda di smap sblm periksa spm. INGAT! ia bukan buang masa,tapi kita sedang berlaku adil pada otak kita yg sudah penat bekerja. Luangkan masa 1-2 jam sudah memadai.

"Otak yang cerdas ada pada badan yg cergas"

p/s-rehat secara tidur,lagu,bual2 kosong,kurang bermanfaat dan kurang di sarankan. Jika anda ber-riadah,insyaAllah anda akan berbual sedikit,tidur lebih lena pada waktu mlm,berpeluh tanda sihat,etc.

(saya main tenis dgn azimuddeen terakhir di smap ialah pada sabtu,2 hari sebelum spm. Masuk shj minggu spm,masa sudah terasa sgt berharga dari sblm spm masuk minggu spm.)


6. Kebersihan,persediaan alatan2, dan baju2 tersedia rapi sgt2 penting demi memastikan keyakinan anda berterusan utk minggu spm yg lama tuh. JANGAN HANGAT2 TAHI AYAM UTK MENJAWAB SOALAN SPM. ingat! itu lah hari yg anda sedia dan tunggu2 selama 2 tahun belajar 'syllabus' serta 5 tahun di smaplabu.

"IT'S NOT TIME TO SHOW,IT IS TIME TO SHINE" -show maksudnya utk uji anda fhm byk mana,dan shine maksudnya utk memberikan yg terbaik dgn keyakinan bahawa anda sudah bersedia dan hanya Allah yg menentukan sglnya.

Kebersihan dan susun rapi dalam loker,baju,katil,meja belajar, kelas, sgt2 mempengaruhi 'mood' semangat kita. "KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARI IMAN" adalah hadis Rasulullah yg sll kita pgg. jika tidak boleh harapkan ahli dorm atau ahli kelas utk sama2 bersih,pastikan anda buat bahagian anda.

sekian,itu shj kut. smoga bermanfaat utk anda semua.
Anda harapan bangsa,tonggak Islam yg dinantikan.INSYA-ALLAH

7 thumbprints:

[amiza malik] said...

jgn bawak hempon,
jgn outing time spm,
jgn kontek balak/gf(jika ada),
jgn menggedik nk tdo lmbt.

fokus spm.

afiquehidayat said...

to [amiza a.malik]
haah...
dgr tuh dari super senior bg nasihat..

mekasih2

|nurhidayah| said...

saya stuju,terutama part tepon pakwe or makwe tu.

isk2!tepon mak ayah lg bagus.xyah ade couple ni,wat serabut otak je

[amiza malik] said...

haha.tu point akk sebna nya. xya kapel.mekaseh tlg highlite

Afifi bin Shbri said...

Makasih la abg afiq.. Ana try gna tips2 ni f0r d c0ming imtihan .. Hu2,

hnyhar said...

nasihat yg sangat2 berguna buat adik2 junior afiq!

afiquehidayat said...

to Afifi bin Shbri:

yelo abg afifi oiii...nta gune tips2 tuh ek. tpi kne tambah ar,
bykkan ngulang!

to hnyhar:

tapi kalau diorg xgune jgak saye xley watpe ar..haha
moga2 semuanyer sukses..
cikgu2 pun hepi.. xkesah la yg da ade kat oversea ke tak...
ngeh3(i.e ustazah hanani)