Monday, November 9, 2009

DQ masih nombor satu-bagi yg pernah menjadi pelajar dq



nota kepale:minta maaf saya ucap kpd junior2 yg menantikan sambungan post 'tips utk calon spm 2009-edisi segera' kerana saya berasa tersangat ingin mengenangkan DQ

salam alaik,

tidak sampai 3 hari sahabat Jordan saya di caci dgn ungkapan 'MURTAD DQ',
saya pula di caci sedemikian frasa. Seorang pemuda ISMA telah dtg ke bilik saya dgn harapan saya akan merasai nilai ukhuwah bersama nya.

"oooo, nta nie murtad DQ la..."

katanye sebaik melihat beg DQ yg saya pakai utk ke kuliah dan gambar dq di dinding bilik saya.

"haah,tapi alhamdulillah,saya tak murtad islam,dan saya cube kekalkan 16juzuk yg telah di hafal"

tenang saya menjawab ungkapan 'murtad dq' nya. Walaupun darah menggelegak terasa tercabar serta marah,saya masih mampu menunjukkan muka tenang dgn melontarkan kembali jawapan yg tersirat.

Bukan utk marah,bkn utk mengadu,tapi terasa pelik. Dia adalah ISMA,dan cube utk menarik saya ke dlm ISMA,tpi kata2 nya shj telah membuatkan hati saya 1001 terguris,kerana ungkapan demikian tidak pernah di keluarkan orang2 kebanyakan yg ikhlas ingin melihat sama2 menjadi jilul quran(generasi quran),mungkin dia mahu menguji? insyaAllah,syukran jika demikian.

saya masih mampu maafkan,tapi utk melupakan,oh jauh sekali..

berdasarkan post oleh sahabat jordan saya,saya sohih kan semuanya.
cerita orientasi,cerita keperitan permulaan menjadi hafiz,cerita manisnya ukhuwah, cerita rindunya dq,Ya RAbb, saya tidak mampu menuturkan kata yg boleh meluahkan nilainya yg sgt berharga. Itu dalam diari saya,dan akan saya menyingkap nya bersama sahabat DQ yang memahami perasaan tesebut.

DQ banyak mengubah identiti muslim saya menjadi identiti hafiz serta mukmin. Dan ia perlukan sokongan dan penerusan,dan sokongan tentulah diharapkan daripada saudara se-Islam kita yang mengambil berat nilai Al-quran dalam hidup.

astaqfirullah,inikah mihnah dunia sbenar? ya,saya berasakan ya.

Moga sahabat2 saya yang keluar dq(tiada istilah murtad dq dalam diari hidup saya dan kami) akan terus memperjuangkan impian jilul quran kita dan menolong ummah seterusnya dgn pemahaman Al-Quran dalam dada. bi taufiq wa najah.

Doa utk kalian saya kirimkan setiap hari sebagai penghubung dan pengubat hati.

kpd yg berkata,Al-Quran bukan mainan pada kami. Kami ada impian dan jgn kacau jalan kami sekiranya cara kami tidak kena pada anda. utk tazkirah secara berhikmah,kami alu-alukan sbg pembimbing bgi kami yg masih merangkak dalam dunia hafazan.

"DQ tetap nombor satu-bagi yg pernah menjadi pelajarnya."

bait lagu utk sahabat jilul quran di bumi Allah:

SATU TEKAD-UNIC

Berikan ku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna
Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa
Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa
Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untukku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah langkah
Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur, utara juga selatan
Atau arah matahari terbenam
"Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah"

0 thumbprints: