Saturday, June 13, 2009

taman syurga atau lubang neraka?

Masih teringat ketika aku berseorangan di dalam bilik yang beralamat di A103,darul quran,kkb. Hati ini membaca sebuah buku bertajuk 'Malam pertama di alam Kubur', ter detik sepantas kilat di kotak fikiran ku, bagaimana malam pertama ku di sana??? Lubang itu jauh ke dalam bumi, gelap, dan sunyi. Satu malam pasti akan terasa sangat panjang seperti beribu tahun lama nya.

sehelai demi sehelai buku kuning keperangan itu aku tatap. Seorang sahabat aku turut memesan sebelum aku mengkhabarkan ingin membaca buku itu, "bacalah dengan iman, baru pembacaan itu kesannya lebih mendalam." aku sekadar senyum tanda memahami maksud nya.

Dalam buku itu pertama nya di ceritakan satu persatu kisah Rasulullah di akhir hayat Baginda. Allah, tanpa aku sangka air mata mengalir membayangkan sakaratul maut yang dihadapi seorang Rasul akhir zaman.

Ketika Fatimah puteri Baginda bertanya sambil menangis, "sakit sangat ke ayah?" Baginda S.A.W. hanya menjawab tenang "sakitnya tidak pernah aku rasa sebelum ini wahai Fatimah. Fatimah, mengapa engkau nangis? Jangan menangis, sesungguhnya tiada lagi kesakitan kepada ku selepas ini."

Seorang Nabi akhir zaman yang maksum yakni bersih daripada dosa mengakui kesakitan nya. Ketika itu di atas kamar. Adakah pahala kita banyak untuk melawan kesakitan itu? Di mana kita di akhir hayat kita agak nya?

Lebih menyayat hati, Rasullulah ketika itu sebelum nya pengsan sebanyak tiga kali. Setiap kali bangun, Baginda bertanyakan kepada sahabat, "Orang-orang Islam sudah solat ke?" dan jawab sahabat tersebut "Belum ya Rasullulah,mereka menanti mu." Dan tanpa mengira kesakitan itu dan dengan rasa sayang pada umatnya baginda cuba bangkit dari kamar nya. Lalu pengsan.

kemudian Baginda sedar kembali, Baginda bertanyakan kepada sahabat, "Orang-orang Islam sudah solat ke?" dan jawab sahabat tersebut "Belum ya Rasullulah,mereka menanti mu." Dan tanpa mengira kesakitan diri nya dan rasa kasih pada umatnya, Baginda cuba bangkit dari kamar nya. Lalu pengsan.

Setelah sedar kembali, Baginda bertanyakan lagi kepada sahabat soalan yang sama, "Orang-orang Islam sudah solat ke?" dan jawab sahabat tersebut "Belum ya Rasullulah,mereka menanti mu." Dan tanpa mengira kesakitan itu ,dengan rasa sayang yang tiada bertepi pada umatnya, baginda cuba bangkit dari kamar nya. Lalu pengsan.Sahabat-sahabat di luar sudah menangis teresak-esak.

Buku tersebut turut mencerita kan kisah akhir hayat saidina Umar Al-Khattab. Sangat menyentuh penyampaiannya. Beliau telah dibunuh oleh seorang majusi yang kecil usianya ketika sedang solat.(turut diceritakan ketika khutbah solat jumaat)

Aneh, tapi bagi orang yang beriman dan berfikir,tentu tiada keanehan tentang nya. Ketika Umar sedang berlwan dengan sakaratul maut, beliau turut menitipkan nasihat yang sama, iaitu solat. Beliau bertanya kepada orang Islam yang lain" Kalian sudah solatkah?"

Di atas merupa sebahagian cerita yang telah aku baca dari buku tersebut. itu baru menghadapi sakaratul maut. Bab berikut nya di terangkan pula keadaan di dalam kubur. Sungguh, jika anda rasa bosan atau ego anda terlalu tinggi, bawalah diri anda ke kawasan perkuburan. Itu satu terapi yang sangat dalam kesannya. Bagi orang yang beriman, dan juga orang berfikir. Tidak perlu bercakap,cukup sekadar melihat sahaja. Dan berfikir tentang diri anda. Persoalan yang setiap kali di nyatakan dalam buku tersebut selepas memberi dalil dan hadith dan gambaran tentang kubur ialah, "Kubur anda, taman syurga atau lubang neraka??"

Namun,semua itu bukan bertujuan untuk menakutkan kita semata, tetapi untuk kita lebih bersedia,dalam erti kata sedia yang benar-benar sedia. Jika terlalu takut dan sedih akan kematian, bagaimana mungkin Khalifah Abu Bakar membina satu kerajaan yang kuat? Melawan kuffar,anti-hadis,dan orang munafiq?? Bagaimana mungkin Khalifah Umar dan Uthman dan Ali berpolitik dan membina dan mengekalkan tamadun islam yang gemilang jika semuanya sibuk beribadah kerana takutkan mati??

Keputusan nya di tangan kita. Letakkan nilai pada hidup kita. Takut kepada mati, jadi bertaubat lah segera. takut kepada azab kubur, jadi buatlah amal kebajikan sebanyak mungkin. Ibadah itu jangan disempitkan nilai nya. Jika belajar itu ikhlas dan mengikut syariat,itu Ibadah. jika menjadi arkitek atau doktor serta ikhlas dan mengikut syariat, itu ibadah. Malah, senyum pun ibadah. akhlak yang baik pun ibadah. Pokoknya satu,bukan kerana dunia,bukan kerana manusia, tapi kerana Allah.

namun,mengapa perlu di ingat-ingat kan tentang kematian? mengapa post ini menyentuh soal kubur? Kerana kita semua bergelar manusia. Dan manusia itu berasal dari perkataan asal arab yang bermaksud lupa. Kita sering lupa, sebab itu perlu di ingat-ingat kan. Anda bosan di ingatkan? Saya rasa itu diri anda,bukan iman anda. Iman tidak pernah bosan dengan kematian. kerana iman itu memang bekalan untuk kematian. Dan dalam al-Quran di sebutkan, 'bawalah bekalan, dan sebaik-baik bekalan itu ialah taqwa'. Jika iman sudah subur dan dirasa manis, tidak mahu nilai taqwa anda? Pasti tidak ternilai kerana manusia tidak mampu menilai nya. Jadi,cuba lah sebaik mungkin. Moga Allah akan menilai usaha kita itu sebagai sebenar-benar taqwa.

Pernah rakan saya meluahkan rasa cemburu nya kerana saya di letakkan oleh Allah dalam bumi barakah Darul Quran. -Memang sangat seronok,jika diteliti dengan iman. Setiap kali solat, rasa tidak sabar untuk mendengar bacaan imam. Oleh kerana semuanya bakal hafiz, bacaan itu merata-rata di ambil dari dalam Al-Quran. Sekejap juz 5,juz 8,surah Ar-rum,surah macam-macam surah. Itu belum ikut jenis bacaan. Ada sesetengahnya mengatakan terlebih dahulu, "saya akan membaca ikut bacaan imam hafs,etc,etc.. riwayat etc,etc." Indah sungguh solat itu jadi nya.

persoalannya, adakah kita mahukan nya? Jika anda mahu meletakkan diri anda di kondisi yang sedemikian, berusahalah. bermula dengan diri anda. Ajak orang lain. belajar lah memahami Al-Quran setiap kali ada keluangan masa. Jika anda tidak mahukannya, letaklah diri anda ke makkah pun, anda akan lebih suka membeli belah di zamzam mall yang sangat indah ciptaan manusia itu. berusaha lah, dan jika rasa payah, mudahkannya. Tiada kekuatan tanpa jemaah(kata2 saidina Umar al-Khattab). Jadi, carilah usrah atau wujudkanlah usrah. Sekarang sudah maju, IKIM USRAH@HATI pun ada. telefon lah kawan, yang berkongsi fikrah islamiah yang sama. Jika anda dlm gelombang putus asa.

A'la kulli hal(in the nut shell), bermulalah sekarang. Jika tidak,mungkin tidak sempat. Kerana maut itu tidak diketahui masa nya. Rancanglah sebaik nya. Bacalah dan timbalah ilmu sebanyak nya. Dakwahlah selagi terdaya. Anda boleh melakukan nya!

0 thumbprints: