Showing posts with label acknowledge. Show all posts
Showing posts with label acknowledge. Show all posts

Tuesday, November 10, 2009

tips utk calon spm 2009 -3 shj lagi


SMAPLABU-kenangan yg manis setelah pahit dilalui


salam alaik,
seperti yg dijanjikan kpd adik2 smaplabu dan juga calon2 spm 2009 yg belajar di mana2 pun,moga mendapat sedikit sebanyak manfaat dari perkongsian saya pada 'post' utk kalian ni.

sambungan tips:

4. Sekiranya terlalu suntuk dan banyak perkara yg belum anda selesaikan,lakukan 'PLAN B'. Iaitu belajar secara mengkaji fail2 anda. Anda tentu sudah ada fail bio,chem,phy,etc yg sgt2 tebal kan? yang dikumpul semenjak dari f4 lagi(saya buat begitu). Oleh itu,sekarang gunakannya.Jangan pandang remeh! Ia antara cara yg sgt cepat utk 'overview' semua bab tingkatan 4 dan 5 dan merasakan kita sudah bersedia.
lakukan dalam jangka masa seminggu sebelum spm.

Ini kerana satu fail sgt susah utk dihabiskan dlm 2-3 jam jika anda betul2 kaji kesalahan anda. 24 jam anda guna lah sebaik2 nya. (11 subjek - bm - bi - mathmode = 8 subjek). Pilih 7 subjek terpenting bagi cita2 anda dan kelemahan anda,jangan syok belajar yg sudah anda kuasai! bm,bi,mathmode hanye perlukan masa yg singkat dan bukan pemahaman rumit yang memakan masa,oleh itu lakukan itu sedikit2 setiap hari sebelum tidur walaupun satu jam.

apa yg perlu diperhatikan dlm fail?
1.kesalahan anda-cuai atau tidak faham
2.bandingkan dgn jawapan rakan yg dpt markah tinggi
3.perhatikan gaye soalan,anda boleh lihat soalan popular,soalan mguji,soalan markah percuma.
4.lakukan seorang2 agar masa dapat dijimatkan. Jika tidak faham kumpul semuanya dan tanye guru esok pagi sblm buka fail subjek lain.

"DEKATI GURU SBAIK MUNGKIN MINGGU TERAKHIR ANDA SBLM BERJUANG BSEORANGAN DI DEWAN PEPERIKSAAN"


kita berjaya,mereka gembira.kita gagal,mereka sedih. Gembirakanlah guru2 kita,kerana kita pun bakal gembira juga.

5.pastikan 2-3hari sblm periksa,anda tidak resah dan tidak leka. Jika terasa letih dan tepu,rehatkan minda, tapi bukan bermaksud bykkan gelak ketawa. Luangkan masa utk riadah(bola,tenis,joging,pingpong,etc) mungkin riadah terakhir anda di smap sblm periksa spm. INGAT! ia bukan buang masa,tapi kita sedang berlaku adil pada otak kita yg sudah penat bekerja. Luangkan masa 1-2 jam sudah memadai.

"Otak yang cerdas ada pada badan yg cergas"

p/s-rehat secara tidur,lagu,bual2 kosong,kurang bermanfaat dan kurang di sarankan. Jika anda ber-riadah,insyaAllah anda akan berbual sedikit,tidur lebih lena pada waktu mlm,berpeluh tanda sihat,etc.

(saya main tenis dgn azimuddeen terakhir di smap ialah pada sabtu,2 hari sebelum spm. Masuk shj minggu spm,masa sudah terasa sgt berharga dari sblm spm masuk minggu spm.)


6. Kebersihan,persediaan alatan2, dan baju2 tersedia rapi sgt2 penting demi memastikan keyakinan anda berterusan utk minggu spm yg lama tuh. JANGAN HANGAT2 TAHI AYAM UTK MENJAWAB SOALAN SPM. ingat! itu lah hari yg anda sedia dan tunggu2 selama 2 tahun belajar 'syllabus' serta 5 tahun di smaplabu.

"IT'S NOT TIME TO SHOW,IT IS TIME TO SHINE" -show maksudnya utk uji anda fhm byk mana,dan shine maksudnya utk memberikan yg terbaik dgn keyakinan bahawa anda sudah bersedia dan hanya Allah yg menentukan sglnya.

Kebersihan dan susun rapi dalam loker,baju,katil,meja belajar, kelas, sgt2 mempengaruhi 'mood' semangat kita. "KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARI IMAN" adalah hadis Rasulullah yg sll kita pgg. jika tidak boleh harapkan ahli dorm atau ahli kelas utk sama2 bersih,pastikan anda buat bahagian anda.

sekian,itu shj kut. smoga bermanfaat utk anda semua.
Anda harapan bangsa,tonggak Islam yg dinantikan.INSYA-ALLAH

Saturday, November 7, 2009

tips utk calon spm 2009-edisi segera

nota kepala:
'post' ini saya dedikasikan kepada adik2 smaplabu. Semoga cemerlang di dunia,sejahtera di akhirat. Doa saya sentiasa mengiring kalian.

Bismillah,salam alaik,

Dalam fatrah 'countdown for spm' yang semakin sikit utk dikira-sebulan lagi rsenyer, ada beberapa langkah yg perlu korang(bhs remaja) bagi perhatian. Di sini abg(hik2,geli la plak) akan kongsi beberapa yg pernah saya lakukan semasa saya bergelar calon spm 2008 SMAPLABU.

(Sebelum tuh,iklan jap. Mesti korang(kamu orang) tgh gelabah2,gelisah,cuak2,tido tetap nyenyak,tpi xcukup2. Takpe2,itu lah indahnya pengalaman utk mendapat kejayaan(11a1 dan sbgnya-berdasarkan target individu) jika korang sanggup berhadapan semua halangan tersebut)

baiklah,sila ambil yg sesuai dgn keadaan korg:
1. Sebulan lagi hendak periksa, anda semua kne 'struggle' habis habisan. Buatlah sesuatu yg luar biasa dari yg selalu anda lakukan untuk menggunakan masa sebaik mungkin.

"NOW,OR NEVER"

(it means either you struggle now and insyaAllah you'll achieve your target(Allah sees our harwork,not our IQ level) or you don't struggle from now onwards and insyaAllah you'll never satisfy with your result in the long term)

contoh perkara luar dari kebiasaan:
-memnghabiskan 2 set soalan bio temasuk essei,2 set soalan addmath dalam sehari. Hari lain tukar 2 subjek lain dan jgn ambil remeh PSI dan PQS.
-menghadirkan diri di kelas utk belajar dari lps asar sehingga azan magrib berkumandang dgn mengambil risiko lambat mandi atau mandi kerbau serta terlepas makanan malam.
-makan telur stgh masak pagi2 walau anda malu mmbawa ke hulu hilir telur ayam itu pada waktu pagi.

2.Sentisa minta pertolongan Allah setelah setiap usaha yg anda lakukan. Doa sebelum,selepas belajar. Setiap kali soalan susah di jawab,berdoa dipermudahkan. Setiap kali rasa kesenangan dlm menjawab,ucap 'ALHAMDULILLAH' dan berdoa utk dimudahkan soalan seterusnya. Doa dalam hati semasa menuju ke kelas setiap hari akan apa yg anda ingin capai(spt 11a1).

"DOA MENGHILANGKAN CELARU(TENSION) SERTA MEMBAWA KETENANGAN YG ABADI(PROLONGED)"

(sbb itu doa dikatakan sallahul mukmin-senjata org mukmin. Tapi doa lah selalu orang abaikan dan tidak hormati bacaan doa walaupun bukan dalam kesusahan)

3. Utk BIOLOGI,lazimkan melihat gambar rajah dalam buku teks dan bukan buku rujukan. Kertas peperiksaan akan keluarkan 'sebijik sejibik' rajah tuh. Ambil ihtimam(perhatian) kepada label2 dan bentuk gambar rajah serta nama gambar rajah tersebut.

dan SOALAN ESEI sgt2 membantu dalam memahami BIOLOGI secara pantas dan kekal. Dan ini sll nyer orang malas nk buat. Soalan ABCD kadang kala di mudahkan dan di susahkan 'level' soalan esei. Tapi,ABCD penting untuk perkara2 'specific' yang sll nyer kita rasa mustahil utk ditanya. Oleh itu,buat SATU SET LENGKAP!!
-esei hantar pada cikgu,dan pastikan anda ada semasa di tandakan esei itu. Jika tidak sempat,hantar dahulu,kemudian rujuk kembali cikgu setelah 'post-mortem' sendiri kesalahan anda. Kdg2 hanya'silly mistakes' dan bukan kerana tak faham.


Baiklah,ada kelas lepas ni. Nak jalan 20 minit ke universiti. Nanti2 saya tambah lagi,insyaAllah. wslm

Saturday, October 17, 2009

zypher@egypt

Alhamdulillah,lama tak menulis rasanya. Kalau tulis pun,nk tulis sikit2 sahaja,malas nk mnyusahkan pembaca. Haha.
• Aku masuk university of cairo. Atas perbincangan yg cukup memeningkan,akhirnya keputusan sudah diambil. Insya-Allah,aku cuba menjadi mahasiswa yg baik...haha,dan jadi pelajar mumtaz dlm periksa dan akhlak.

• Hari orientasi yg dibenci dah habis...Tapi bila semua tahu yg kami tidak akan lagi bersama dan masing2 mula memilih jalan masing2,rasalah hubungan yg dibina itu manis utk dikenang. Ada 8 orang bawah MAIWP. Dari tak kenal masing2,kemudian ‘flight’ sama2 tanpa pengiring, kemudian orientasi dan tinggal sebilik(walau bukan sebilik pun,tapi kami lepak sama2..haha)...insyaAllah,dari rumah kl, aku pindah ke zinhum-dkt syyida zaineb, uzair dan syamim ke ARMA, afif stay, sebahagian ke tonto,etc.



KAMI ORG TAJAAN MAIWP...doakan kami berada di jln yg lurus...(1:6)aminn

• Paling seronok masa rihlah di kaherah tyme orientasi. Bukan seronok tempat dia pun,tapi sbb pergi dgn kwn2 jadi srnk pulak. Pergi ‘hadiqoh al-azhar’...Sila tgk gambar2.....terima kasih ust samad!
• Ada majlis raya kat ARMA anjuran PERUBATAN. Berlakulah ‘reunion’ zypher@egypt...Ada 3 orang tak hadir, kunyen,nuk,hawa.


slmt hari raye....dr kami di ARMA,mesir

Monday, September 28, 2009

majalah solusi dlm 'genggaman' utk ke mesir.. =)


alhamdulillah..akhirmya dapat juga beli majalah yg menemani saya masa kat DQ dulu, setelah beberapa kali tangguh dek kerana duit takde dalam poket..kali ni minta tolong ayah pergi terus syarikat TELAGA BIRU,bawa duit raya dan DQ nak beli satu set(12 edisi)..haha,mesti dapat la kalo dah sampai penerbit dia aku pergi cari..TERIMA KASIH ABAH!!!(applause..hehe) Boleh lah bawa ke mesir ahad ni(my flight date)

sebelum tuh,duk baca 'post' ni, pernah ke dengar majalah Solusi???


hehe..promote sket,,takpe,produk ISLAM dan Melayu..

majalah ni sangat menarik,kertas berkualiti. Harga ikut kertas la jawab nya. Dalam rm9 sahaja. Suka punya pasal,abis rm75 aku..setelah dapat diskaun.haha,takpe2,ilmu mesti dicintai,dalam majalah ni banyak ilmu!


baiklah,senang cerita,mengapa anda harus cuba baca,kemudian baru fikir semula nak beli ke tak. mcm biasa,'pointed form', Jom..post-mortem:-

1.kandungan sgt sedap dan memenuhi ciri2 islam sbg cara hidup sebenar. Kandungan disampaikan dgn bahasa mudah faham dan lengkap dgn terjemahan ayat2 quran dan hadith sohih(utk mereka yg cinta Rasulullah betul2,mesti suka ciri nih-suka dalami hadith!)

2.Grafik sgt memuaskan dan kertas berkualiti setanding majalah matsaleh(yang sering orang sekarang banding2kan...persis barat shj yg baguss)Contoh majalah yang setaraf dibandingkan ialah NATIONAL GEOGRAPHIC(tipu la kalau tak pernah dgr langsung) Kualiti ini menjamin jangka masa kegunaan majalah utk tempoh yg lama.

3.Objektif dia sgt murni,saya diterangkan sendiri oleh Ustaz Zahazan masa ceramah di DQ. Objektif mereka adalah utk memberi pemahaman yg betul kpd masyarakat Islam di Malaysia ttg apa Islam ajar,apa Rasulullah SAW pesan kpd kita sbg umat Baginda.

4.Kolumnis dia sgt terkenal. terkenal sbb apa? Sbb ilmu mereka yang ditagih masyarakat,bukan sbb lagu duet terbaru ke,etc. Contohnya,Datuk fadhilah Kamsah,Ust Zahazan,Ust Hasrizal,Ustz Siti Nor Bahyah,Datuk Ismail Kamus,etc.(maaf kalau salah eja nama).Tambahan,setiap kolumnis dihadkan 2-3 muka shj agar pembaca tidak penat mmbaca lalu bosan dan pening2

dari kanan:saya,kwn saya,ust zahazan,kwn2 saya(smpi hujung) di DQ

5.Secara logik,buku rujukan@novel tebal2 boleh sahaja di habiskan tanpa paksaan. Mengapa utk Islam perlu diberikan pelbagai dalih...mahal,kandungan berat,susah dpt, dah tinggi ilmu ttg Islam,etc. InsyaAllah,cuba dahulu sikit2. Mula2 sentuh,kemudian sentuh dan tgk2 gambar,grafik, kemudian baca artikel2 yang mcm best..sikit2 dan perlahan2 mencuba didik diri kita..(Saya mula2 pinjam kwn2 punye je,belek2 je, rasa mcm berat sbb tak cukup duit masa tuh)

6.Tiada paksaan...nasihat saya,cuba lah dulu baca,baru fikir semula. Kadang-kala ada menda sesuai dgn seseorang pendekatannya,tetapi tidak kepada sesetengah yang lain. Kita pun tak sedar kdg2 mende itu baik itu kita tapi kita tidak cuba.

P/S: insyaAllah,saya cuba habiskan apa yg dibeli..bukan sekadar koleksi.. Mungkin mcm di DQ,sblm tidur baca sikit artikel2 smpi seminggu dua baru khatam satu edisi. insyaAllah,perlahan2.


utk dunia,ilmu,utk akhirat,ilmu,utk kedua2,ilmu

Tuesday, September 15, 2009

RAMADHAN: countdown dlm kesedihan



25r ramadhan;

sekadar meluahkan sedikit yang terasa di hati saya pada ketika ini. Hari ini da 25 ramadhan. Ya Allah,sekejapnya sebulan yang indah ni. Seronok rasa bila ramadhan datang, tambah2 da tahu syaitan di ikat, berasa lebih yakin dalam beribadah. Tak siapa tahu bila malam 1000 bulan itu. tapi saya yakin ramai suda maklum akan ada nya malam 'special' tuh. Mari kita 'review' apa ramadhan ajar kita, apa tindakan yang insya-Allah boleh kita ambil bagi saat2 terakhir ramadhan:

"REVIEW" DIDIKAN RAMADHAN:

-puasa cara terbaik mendidik/tarbiah nafsu yakni telah mendapat hasutan syaitan 11bulan

-solat pendinding utama dari kejahatan(solat terawih berjaya menjemput ramai jemaah termasuk yang jarang ke surau/masjid kerana 'busy yg teramat')

-solat jemaah menambah kekuatan jemaah,umat islam itu sendiri.

-zakat menzahirkan peri pentingnya berkongsi harta dalam membersihkan dari ynag bukan hak kita(mungkin terambil hak orang secara tidak perasan semasa mengumpul harta)

-berbuka dengan tamar itu sunnah. Membuktikan bahawa terdapat faedah memakan buah(benda yang di'masak' Allah dahulu sblm makan benda yg dimasak manusia)

-dekat dengan Al-Quran iaitu bacaan Quran itu sangat penting dlm memahamkan ttg Islam dan juga perintah Allah dan larangan nya. Tidak hairan jika tilawah diadakan di kebanyakan masjid/individu setiap malam=harus dibaca setiap hari walaupun 11 bulan bukan bulan ramadhan.

TINDAKAN SAAT AKHIR:

-per'elok'kan puasa.. Jauhi perkara lagha yakni sia-sia. Kurangkan masa ber'internet',ber'facebook',berf'friendster' (dan seangkatan dgnnya), membeli belah(malaysia banyak sale!!! seronolk tapi kne berpada-pada2 la)

-banyakkan masa dengan Quran. Baca,faham,baca tafsir,dan terjemahan. Masa; lepas subuh,lps stiap solat,etc. ikut kesesuaian individu dan urusan yg perlu diselesaikan.

-banyakkan solat2 sunat. Antaranya yang mudah(utk orang kebanyakan) di lakukan ialah solat sunat dhuha,rawatib, hajat dan taubat.

-berusaha untuk solat malam. Tahajud dan hajat dan taubat. Hanya dalam 10-15 minit shj utk diluangkan jika terlalu sukar untuk dilakukan.

-zikir dan selawat di-lazimkan...dalam hati pun ok. Sedang pandu kenderaan,sedang duduk2 saja2.. etc.

Sekian... peringatan untuk diri sendiri dan juga org Islam yang lain. tq, Dn~

Wednesday, September 9, 2009

destinasi seterusnya..

setelah melihat blog kepunyaan bkawm(badan kebajikan anak wilayah mesir), alhamdulillah dapat lah saya tau sikit2 tentang destinasi yg bakal dituju. Bon voyage! Semoga dimudahkan Allah urusan2 saya sepanjang hidup 6-7 tahun di bumi asing. =)



No. 22 El-Mahdi Ibn Barakah Street, 7th District, Nasr City, Cairo.





el-azhar university= burukkkkkkkk...waaaa

Saturday, August 22, 2009

MAIWP,DQ & BTN: hikmah tersembunyi

salam alaik..semoga pembaca tenang dlm beribadah di bulan ramadhan ini ye..

minggu lepas DQ disahkan perlu ditutup,kenapa? sbb H satu N satu yang mula menunjukkan taring nya di DQ..dalam masa yg sama,sebaik sahaja saya melangkah keluar utk ke stesen ktm, dapatlah panggilan MAIWP(biasiswa ke mesir -saya minta azhar- dan diceritakan oleh akak2 dan abg2 saya sbg minhah atau biasiswa termewah di mesir) dan menyatakan satu berita gumbira.. haha,Alhamdulillah..saya berjaya dapatkan biasiswa itu..

tapi bukan senang2 nk terima terus..sbb saya Sayangggg(erkk??) DQ. insyaAllah,akan diperbanyakkan solat sunat istikharah,minta petunjuk dari Yang Maha Mencipta saya,anda,dan semua makhluk2 yang kita nampak dan xternampak. Ok,itu cerita pertama.

Ini cerita kedua. sebaik sahaja saya sampai ke rumah agam ibubapa saya(eceh,rumah agam..bukan nk kata rumah besar sgt..saja2 je), di serahkan pula oleh bapa saya surat yang ber intipatikan berita sedih. ANDA DITAWARKAN BTN. Adus,kalau tak hadir mmg tak boleh lepas nk pergi luar negara. nak tak nak(tak nak lebih lagi la) kena la ikhlaskan niat. huhu..tidak tahu apa la yang nak di doktrin kan orang2 kerajaan tu.

(sebenarnye saya di arahkan pi ke btn ulu kernas perak(same place as shukriah's),tapi atas sbb kesuntukan masa-panjang cerita nya- saya pun di pindahkan ke btn meru,kelang..stgh jam je dr umah..haha)

BYK manfaat dari suasana btn yg saya pergi tuh. Kenapa? Haha,mula2 mmg rasa bosan sbb hati susah nk terima lagi kehadiran di situ, tapi nk tau apa yg seronok? Ok,nih saya men'pointed form' kan la:-
  • daripada 109 orang peserta, lebih kurang 102 orang ialah pelajar usuluddin dan syariah. Jadi,kesannya, biah jadi sebijik mcm kat dq. haha,ckp 'ana enta',pakai kopiah all the time (walau masuk wat 'repelling' dan 'jungle trekking'), yang akhawat semua kecuali 4-5 memakai tudung labuh dgn ada yg berpurdah. Wah,ini kem ibadah ke btn?? Lain benar suasana yg saya fikir2 sebelum ni.
  • ceramah lebih 'transparent' ttg islam dan melayu di malaysia. Unsur politik tentu la ada...haha. (tapi,jgn la terima bulat2). bercakap isu palestin dan yahudi pun ada!!! Bukan Malaysia sahaja..
  • suasana solat lebih kurang di DQ. Mmm,bacaan pjg2(sbb ada je huffaz jugak),dtg awal subuh, semua berpakaian lengkap utk solat(jarang terjadi utk kursus2/kem kerana biasanya t-shirt menjadi pilihan ataupun seluar slack)..
  • aktiviti LDK lebih kepada Islam dan bukannya melayu. Perkataan arab pun keluar sikit2..haha,fasilitator mula2 mcm pelik,lama2 terpaksa terima. Contoh, taaruf,tamsil, muamalat(h), ikhtilat,keluarkan hadis2 dan ayat Quran(sket2 je la)
Jadi,apa yg baik saya ambil. yang kurang baik jadikan pengajaran,dan tidak perlulah saya aibkan mereka sbg org islam juga. Tapi betul la, agak 'narrow-minded' bila tiba masa utk LDK dan persembahan. agak membosankan la...(maaf jika ada yg terasa)

Cerita Ketiga..hrm,apa keputusan saya? ambil atau tidak tawaran itu? Takpe, masih lagi misteri. Jika terima, saya akan menulis 'post' dari mesir pula lepas ini(lepas raya gitu)

OK,'short of time'.... slm

Monday, August 3, 2009

a day at IKEA

Aloha..(cam ensem je budak nie??)

baru2 nie pi IKEA kat damansara tuh..saje2 je,pi jalan ngn 'org2 mesir' ngn anak buah aku tuh 'round2' kuala lumpur..mama pun tumpang hepi la tengok cucu nyer... sambil die shopping2 lagi. banyak ke kitorg beli?? haha,duit xde bertimbun...tengok2 je la byk nyer..beli ade la yg perlu,cam rak kasut,pokok kaktus(hrmm,perlu ke mama??) okay lah,xmo byk celoteh,penat baru balik maen bowling ngn sis n bro n bro in law aku n si kenit die. da kul 1.00pagi da bru balik maen,ok...
hepi birthday to me!!
-xabis2 duk ucap kat diri sendiri..ngeh3-

nape plak la adik aku menyorok,nampak kaki bley la..


kak long dan boboy..'snap' jap yer!!

macam kat gudang je!!


wah2..troli yg sgt baguihhh..haha(makanan laen kire)


da perabis duit pitis kami..ngeh3

one happy new family...my sis n her ayang

saya doakan IKEA kne tutup laa..supaye byk duit bley save..ngeh3..takde la, pandai2 la berjimat kalo da tau nk ber'perabis'...hahaa---> bahase dq tuh

Sunday, July 19, 2009

new pic.(s) uploaded (dq:inside and outside world)

pictures tells us more than words that can be described, it also can lie and unreveal the truth of facts behind.

here are some pictures followed by some description. I only have 1 night before i'll be back to continue my 'journey to the one'(sory makcik dayah =p) in darul quran. so,readers,dearest friends, i really2 love to share the story of each picture with each enjoyment that i had before,but the time i have now really limited. please, do forgive me. I'm on the move.

ni la aku makan masa bosan2...


'lakeview' dari bilik aku,subhanahallah


bilik aku...kdg2 bersepah,kdg2 saje2 xsusun =p


aku dan pian semase fly dq kedua..


azim dan aku...kami kwn rapat..


ziarah ex-smapl el zypherian(mudof) di nilai: usim dan uia

perhimpunan yg aku 'rindui'...

'lunch' oleh cikgu bi..teacher jayalakshmi tuang nasi!!!-manje gle kitorg


cikgu samad..sgt gembira die tau murid2 dah berjaya...(guru kelas aku tyme f2)


'breakfast' oleh cikgu2 panitia sains.. mekasih,sygggg cikgu..

dinner bersama budak2 smapl'0408-intec...


cikgu2 yg gumbira dgn kdtgn kami bagi 'talk'... Kami lillahi taala(insya-Allah)...


seniors- double8 n zypher22nd

ziarah sahabat krn Allah..

Pian dalam 'the making of fake signature'... lalala~

tadaaa.....seems real?? -eyes always lie


THE END

Monday, June 15, 2009

musim durian yg fana


Bismillah..
Musim panas yang fana di dunia yang fana ini bermula baru2 ini mengajak kita menikmati buah ciptaan Allah. Sangat sedap,sangat manis,lihat sahaja gambar di bawah.
Terima kasih Abah!
kuning sungguh! ini bukan crayon tau..


sedap...alhamdulilah, mai secawan! (aik?? cawan?)


Terima kasih mama tangkap gambar..mama xmo masuk,malu kate nyer..

Sunday, June 14, 2009

BOOKS TO SHARE

bismillah.

For those who think that the book they've read before is a really really really really great book(for motivational purpose,neither islamic or not,etc),kindly please inform me about it and I'll try my best to spend my precious time for it before I become a medic student in the future, by mei 2010. INSYA-ALLAH.

For those who concern about what type of book should they suggest,maybe these details can be your guide:-
1. Either malay or english,
2. Either motivational purpose, understanding about ISLAM purpose, or enchancing my english purpose (or even good for broadening my knowledge for dakwah pupose.)
-and I DON'T REALLY PREFER ABOUT LOVE,EVEN ISLAMIC LOVE
(PERHAPS AYAT2 CINTA IS MORE THAN ENOUGH)
3. And maybe about 'not-so-high' level medicine,politics
4.If you can give me for free,it's absolutely better(nge3)

Here are some books that i've read,maybe it can guide you somehow:-

-ahmadinejad,singa baru islam
-malam pertama di kubur
-kamal attartuk
-turki,negara dua wajah
-ayat2 cinta
-solat dan kebaikan dari perspektif sains
-etc

Here are some books that are in my hand,in my 'waiting list',:-

-better, a surgeon's note on performance-adel gwande
-hakikat kehidupan hakiki-harun yahya
-jangan beralasan anda jahil-harun yahya
-fikah luar negara

Here are some books that K.I.V. to be read as soon as i finish reading those books above:-

-Fiqah bercakap dengan non-muslim(dr. m nizam)
-aku terima nikahnya
-travelog seorang daie
-benarkah iskandar bukan zulkarnain
-yakjuj dan makjuj
-dare to fail


HERE ARE SOME POINTS TO PONDER FOR THOSE WHO READ BOOKS;

"mengapa buku itu hasil tulisan manusia dengan mudah kita terima kesahihannya, tapi kitab Al-Quran itu yang datangnya dari Pencipta kerap kali kita pertikai kesahihannya-tidak mengikut apa yang tertulis di dalam nya"

3rd reunion

Memori yang bakal dikenang dalam masa 6-10 tahun lagi, iaitu masing2 dengan gelaran dr.,ir,dr. alhafiz, etc. dan bersama isteri2 dan keluarga masing2...ngeh3

mmm...ni maybe hari terakhir sblm aku ke darul quran...ish3,berat rasa hati ni,tambah2 semalam baru je berlangsung nyer reunion kecil-kecilan ketige. Boleh ke reunion? boleh la,kami berjumpe kembali,jadi boleh la kata reunion. Majlis makan free tersebut dianjurkan oleh big boss acap radhi kita, sempena ayah nya buat majlis,jadi kami pun turut di jemput bagi mengisi perut masing2. Ngeh3,terima kasih daun keladi, ade mkn2 jgn lupe jemput lagi.

Majlis diserikan dgn kedatangan aku sbg tetamu kehormat(ngeh3),bersama dua org 'body guard' aku yg di'import' khas dari UIA(haha,sorry nas n sahor). Kemudian si budak taylor dtg, Nafis hakimi. Ini diikuti dgn panggilan kecemasan zakiy yg sesat di kl dgn membawa faiz, faiq(budak2 fly 4eva dq..ngeh3),dan bukhari. Wah,budak mtd..yg ukhuwah nya dgn smaplabu form 1 dan form 2 sgt lah dikekalkan beliau.(tabik springggg...kat kami! he3)

ni la lauk kenduri..sedappp,aku amik ayam 2 ketul..ngeh33


inilah budak2 yg blum lagi baca yaasin,tapi sudah menjamu selera..halal la..sebab tuh mereka sengih dlm gambar nie.hehehe

kami sudah kenyang,kami sudah borak, kami pun mulakan perjalanan ke le tour de low yatt.. tuh driver kami merangkap tuan rumah..(sory cap!!)

gambar ini nampak 'ok' kan??

tapi cuba teka apa yg tidak ok?? atas tuhh..tuh,tgk tuh..(ngeh3...aku terpengaruh..ooh tidak..)


Ketika di rumah acap radhi di AU2, dekat dgn rumah aku di AU3,taman keramat, kami turut berbincang2(eceh) ttg masa dpn masing2(lagi skali...eceh!!) Berikut antara info yg kami perolehi, saya sertakan,utk info batch zypher 22nd,spm 08.

NAME(prep college,course,country to go) scholar

ahmad zakiy tumadi(INTEC,medic,Jordan) MARA
ahmad faiq sa'dan(INTEC,medic,Jordan) MARA
amirun safwan(INTEC,medic,Jordan) MARA
ahmad faiz zaib(INTEC,medic,mesir) JPA
ahmad kamil(INTEC,medic, mesir) JPA
ahmad bokhari(INTEC,medic,mesir) MINDEF
nasrul hilmi(KMB, engin, australia) FELDA
asyraf halid(KMB,medic,uk) MARA
nafis hakimi(TAYLOR'S,accountantcy, new zealand*) PETRONAS
mohd fahmie prs(TAYLOR'S,engin,canada) JPA
muzakkir(TAYLOR'S, law, USA) JPA
amirul hisyam(SHAHPUTRA,medic,mesir) MARA
lokman hakim(UM,engin,jepun) JPA
arif aiman(UM,engin,jepun) JPA
wan zulhazmie(UM,engin,jepun) JPA
akhtar muzhaffar(INTEC,pharmacy,Australia) JPA
afiq hidayat-saya(INTEC,medic,ireland) JPA-------------->tolak(DQ) =(

nur hidayah borhanudin(INTEC,medic,ireland) JPA
shahida adam(-,quantity surveyor,australia) INTERNATIONAL
sara nursyaza(SHAHPUTRA,medic,mesir) MARA
farah adibah(SHAHPUTRA,medic,mesir)MARA
nasuha(SHAHPUTRA,medic,mesir) MARA
syamimie(SHAHPUTRA,medic,mesir) MARA
ain izzati(TAYLOR's, law,USA)JPA
almaz ruslan(KYUEM,acturial scie,USA*) MARA
aqilah hazian*(INTI COLL.,science, USA*)JPA
sakinah mazlan(INTEC,pharmacy, Australia)JPA

ok2,budak2 dalam negara,form 6 smaplabu, budak2 pompuan nnti saya tambah. xsempat nk letak skrg. HARAP MAAF dan jgn kecik ati. TUNGGU YE!

dan ...xtau sgt budak pompuan..tuh kurang informasi la. SGT MINTA MAAF. ok. nnti2 tmbh lagi.

Friday, June 12, 2009

baju raya

Salam alaik..
Semalam pergi tempah baju raya(walau puasa pun belum lagi...adess) ,tapi mak excited jugak nak tempahkan...so 'go on' je la. Hampir 2jam jln2 pilih kain kat tewah. Sebelum ni 2jam kat nagoya. Penat rasa nya kaki ni..sempatlah snap beberapa gambo sementara mak tunjuk kain kat aku. ngeh3.


ni ke kain yg aku beli? haha,secreto de amor..mana bley bgtau...


Dia ni bekas budak SMAPLABU!!! fewit2,caya lah 'uncle'..xmalu2 ngaku. Ngeh3( We are proud to be smapians!!) Pada mula nya xtahu menahu pun kedai ni ex-smapl nyer.. tapi duk cerite2, tup2 lupe2 nya dia budak smapl generasi pertama slps ditukar dari SMAWP ke SMAPL.


Ni la kedai tuh..Maroz...

Tuesday, June 9, 2009

Sedih tak sedih sgt..

Bismillah..
Sedikit pngumuman..
Blog ini akan bersarang labah2 dan ber-anai-anai mulai minggu dpn. Oleh kerana saya bru mengambil keputusan untuk mgakhiri cuti saya selama 3 minggu pagi tadi dan pergi ber'khalwat' di dq yg serba.....oh kebosanan(xthn la..kne ngaku jugak =p). Jadi,insya-Allah akan saye cube mgeluarkan post2 berkualiti sbyk mungkin minggu ini(sebagaimana post2 yg berkualiti sblm ini..ngeh3). Kepada pembace,udah2 la tuh, cepat kesat air mate. kui3.

insyaAllah,jika ade mase terluang dan cerita yg boleh saye kongsi saya akan berkongsi dan stori mori dgn anda live dari kkb(kiri kanan bukit@kuala kubu baru...yg lame xde pun sbnrnye)

sedikit gambaran utk anda..

MEREKA BAKAL BEKERJASAMA..OH TIDAKKKKKKKK