alhamdulillah..akhirmya dapat juga beli majalah yg menemani saya masa kat DQ dulu, setelah beberapa kali tangguh dek kerana duit takde dalam poket..kali ni minta tolong ayah pergi terus syarikat TELAGA BIRU,bawa duit raya dan DQ nak beli satu set(12 edisi)..haha,mesti dapat la kalo dah sampai penerbit dia aku pergi cari..TERIMA KASIH ABAH!!!(applause..hehe) Boleh lah bawa ke mesir ahad ni(my flight date)
sebelum tuh,duk baca 'post' ni, pernah ke dengar majalah
Solusi???
hehe..promote sket,,takpe,produk ISLAM dan Melayu..majalah ni sangat menarik,kertas berkualiti. Harga ikut kertas la jawab nya. Dalam rm9 sahaja. Suka punya pasal,abis rm75 aku..setelah dapat diskaun.haha,takpe2,ilmu mesti dicintai,dalam majalah ni banyak ilmu!
baiklah,senang cerita,mengapa anda harus cuba baca,kemudian baru fikir semula nak beli ke tak. mcm biasa,'pointed form', Jom..post-mortem:-
1.kandungan sgt sedap dan memenuhi ciri2 islam sbg cara hidup sebenar. Kandungan disampaikan dgn bahasa mudah faham dan lengkap dgn terjemahan ayat2 quran dan hadith sohih(utk mereka yg cinta Rasulullah betul2,mesti suka ciri nih-suka dalami hadith!)
2.Grafik sgt memuaskan dan kertas berkualiti setanding majalah matsaleh(yang sering orang sekarang banding2kan...persis barat shj yg baguss)Contoh majalah yang setaraf dibandingkan ialah NATIONAL GEOGRAPHIC(tipu la kalau tak pernah dgr langsung) Kualiti ini menjamin jangka masa kegunaan majalah utk tempoh yg lama.
3.Objektif dia sgt murni,saya diterangkan sendiri oleh Ustaz Zahazan masa ceramah di DQ. Objektif mereka adalah utk memberi pemahaman yg betul kpd masyarakat Islam di Malaysia ttg apa Islam ajar,apa Rasulullah SAW pesan kpd kita sbg umat Baginda.
4.Kolumnis dia sgt terkenal. terkenal sbb apa? Sbb ilmu mereka yang ditagih masyarakat,bukan sbb lagu duet terbaru ke,etc. Contohnya,Datuk fadhilah Kamsah,Ust Zahazan,Ust Hasrizal,Ustz Siti Nor Bahyah,Datuk Ismail Kamus,etc.(maaf kalau salah eja nama).
Tambahan,setiap kolumnis dihadkan 2-3 muka shj agar pembaca tidak penat mmbaca lalu bosan dan pening2 dari kanan:saya,kwn saya,ust zahazan,kwn2 saya(smpi hujung) di DQ5.Secara logik,buku rujukan@novel tebal2 boleh sahaja di habiskan tanpa paksaan. Mengapa utk Islam perlu diberikan pelbagai dalih...mahal,kandungan berat,susah dpt, dah tinggi ilmu ttg Islam,etc. InsyaAllah,cuba dahulu sikit2. Mula2 sentuh,kemudian sentuh dan tgk2 gambar,grafik, kemudian baca artikel2 yang mcm best..sikit2 dan perlahan2 mencuba didik diri kita..(Saya mula2 pinjam kwn2 punye je,belek2 je, rasa mcm berat sbb tak cukup duit masa tuh)
6.Tiada paksaan...nasihat saya,cuba lah dulu baca,baru fikir semula. Kadang-kala ada menda sesuai dgn seseorang pendekatannya,tetapi tidak kepada sesetengah yang lain. Kita pun tak sedar kdg2 mende itu baik itu kita tapi kita tidak cuba.
P/S: insyaAllah,saya cuba habiskan apa yg dibeli..bukan sekadar koleksi.. Mungkin mcm di DQ,sblm tidur baca sikit artikel2 smpi seminggu dua baru khatam satu edisi. insyaAllah,perlahan2.
utk dunia,ilmu,utk akhirat,ilmu,utk kedua2,ilmu
0 thumbprints:
Post a Comment