Monday, June 15, 2009

sedikit pesanan


bismillah..

nota: post ini di dedikasikan kepada kenalan2 dan sahabat2 yang bakal melangkah ke alam pre-universiti, tidak kira di KMB, INTEC, KTT, TAYLOR's,UM, matrikulasi atau asasi2 yang bersepah di merata negara.

apabila kita melangkah ke alam kehidupan yang serba baru persekitarannya, setelah selesai menjalani kehidupan seorang pelajar di sekolah rendah dan menengah, sebenarnya alam tarbiyah itu sedikit sebanyak kita akan rindui. Tetapi ingat, alam seterusnya lebih mencabar, alam utk kita di uji, sekuat mana akhlak terpuji kita, iman kita, dan pendirian kita.

Oleh itu, beberapa pesanan saya titipkan di sini. Moga menjadi ingatan bagi diri saya dan juga sahabat2 yang lain.

1. Dlm kesibukan mengejar ilmu duniawi, selitkan ilmu ukhrawi. Kata-kata Ustaz Amirrahman dalam kuliah terakhir untuk form5 2008 smaplabu di musolla al-mustaqim,

Hati manusia, bila sudah lama tidak mendengar pengisian rohani, lama-kelamaan akan mula menjadi keras.

2. Dalam mengejar ilmu ukhrawi, selitkan ilmu duniawi. Mengapa penting? Penting kerana kita akan tahu di mana dalam kehidupan seharian untuk kita amalkan secara tidak langsung agar ilmu itu bukan hanya di tuntut, tetapi di amalkan.(practical purpose)

3. Buatlah jadual waktu. Tidak kira anda cemerlang semasa dulu2 atau tidak,tetapi kini semuanya sudah berubah. Yang cemerlang boleh jadi tidak cemerlang, dan tidak cemerlang juga boleh jadi cemerlang. Atau yang gagal boleh jadi lebih gagal dan tidak mustahil yang berjaya boleh jadi lebih lebih berjaya. Jadual apa? Jadual waktu untuk urusan duniawi dan juga jadual ibadah. Percayalah,tanpa jadual anda mudah terleka dan terlupa!

4.Amalkan pembacaan dan perbincangan ilmu. Bacalah! Masukkan dalam jadual anda untuk general knowledge reading. tidak perlu banyak,cukup sekadar hujung minggu sejam atau dua. Anda akan kurang stress dengan subjek2 pelajaran anda. Dan juga, amalkan membaca Al-Quran sebagai penenang jiwa setiap hari. Cuba untuk mencari 30minit(sekurang-kurangnya) dari 24jam seharian anda(24jamX60 minit= 1440 minit) Secara logik manusia, anda mampu melakukannya. Mahu atau tidak sahaja persoalannya...

5. Untuk perbincangan ilmu,usrah sudah memadai seminggu sekali untuk memberi peringatan. Jika pendekatan usrah tidak sesuai dengan diri anda, berbual bersama roommate pun sudah cukup! bukalah topik-topik yang berilmu,yang boleh mematangkan diri anda, yang boleh diguna pakai bila da besar, atau yang boleh melawan kaum kuffar moden sekarang.

nota: seorang sahabat saya seorang pendiam,tetapi pernah sekali di ajak berbincang/berbual, pelbagai teori quantum, kata2 falsafah tokoh2 terkenal,ayat Quran/Hadith dan juga ilmu sains fizikal telah dikeluarkan dari mulutnya. Kami 2 orang yang mendengar sangat kagum! sungguh luas pembacaan sahabat itu. -dia bercita-cita menjadi 'engineer'...

6. Di sini saya sertakan beberapa program yang menarik dan sangat sesuai untuk anda yang kesibukan dengan urusan belajar nanti. Semuanya di IKIM.fm =)
  • usrah rasa hati(6.15 ptg,rabu)-6 hari yang lain anda boleh lagi bersenam. Panel yang dijemput sangat hebat!!
  • laman sunnah(tidak pasti masa-5/6ptg,sabtu/ahad) menekankan kefahaman hadis secara mendalam..
  • purification of heart(2pm,ahad)-sangat berguna untuk menambah ilmu Islam dengan bahasa inggeris. Grammar dan bahasa inggeris dia sangat cantik dan mudah!!!!!

Baiklah,sekian sahaja. Salam alaik.

0 thumbprints: